Saturday, August 23, 2014

Baby and Kidz Fair at MIECC The Mines Serdang 22-24 Ogos 2014

Salam,

Saya terlupa nak update entri Warehouse Sales Pureen minggu lepas di Shah Alam. Sebab terlalu sibuk banyak sangat perkara kena buat. Dengan kenduri kahwin kawan,open house melambak dan mak mentua pula datang sini dan last nak ke Warehouse lagi. Tak sempat nak pandang lappy or PC kat rumah.

So di sebabkan hari ini ada masa so saya nak update pada rakan dan teman mengenai Fair di The Mines minggu ini. Sebenarnya Fair di The Mines ini bukan sahaja untuk Baby and Kidz Fair tapi termasuk Exhibition untuk Home and Electrical Appliance. Company saya termasuk sekali join Exhibition di The Mines ini. Ia di anjurkan oleh KH Event Management Sdn Bhd untuk "Mega Home" bagi Home and Electrical Appliance manakala Linkz Event Sdn Bhd menganjurkan "Baby and Kidz Fair". I berada di tempat yang sama. So memang tak ruga datang sambil leh cuci mata tengok dan membeli barangan baby leh juga tengok barangan rumah.

Tapi "exhibition" kali ini saya tak join almaklumla mom to be so saya malas nak "join" company punya exhibition, penat kat sana sebab terlalu ramai orang yang datang dan kena "Entertain". Kawan saya semalam sibuk call saya cakap barangan baby banyak di jual di sana dan murah-murah harganya dan menyuruh sya datang di situ untuk tengok sendiri. Keterujaan kawan saya mencuit hati saya sebenarnya, ingat dia pada saya di opis ini ye. Apa pun saya sebenarnya telah 90% persiapan barangan baby dah sedia ada, so kalau pergi pasti membeli dan membazir.

Elakkan pembaziran dan kena berjimat, walaupun anak pertama saya sentiasa ingatkan diri sendiri mengenai perkara ini. Barang yang tinggal pampers New Born dan tilam dia je tak beli lagi. Tengak survey tilam Doraemon dan Pampers mana yang bagus untuk New Born baby.

So pada anda yang masih mencari barangan baby boleh la pergi Fair ini. Tak rugi dan tak akan menyesal cuma parking tula yang susah nak cari.



Selamat bershopping semua...

No comments: